Pemakaian jersi sublimation printing kini menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Walaupun jersi selalu dikaitkan dengan pakaian sukan, kini terdapat pelbagai design jersey untuk kegunaan harian atau acara tertentu.
Bagaimana sublimation printing jersey ini dihasilkan? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara design jersi ini serta cara-cara untuk menempah jersi sublimation dengan QR Apparel.
Apa Itu Sublimation Printing?
Sublimation printing adalah salah satu teknik pencetakan yang mencetak pakaian lengkap dengan warna yang cantik.
Teknik ini hanya dapat dilakukan ke atas permukaan yang mempunyai satu lapisan tambahan dan ianya digunakan pada fabrik polyester.
Mari kita lihat pula proses-proses sublimation printing ini ke atas jersey.
Proses-Proses Mencetak Jersey Dengan Sublimation Printing
Terdapat dua proses sublimation printing ini iaitu cetak dan transfer.
Sebelum proses cetak dan transfer ini dilakukan, design baju tersebut perlu dibuat terlebih dahulu oleh designer. Designer akan menggunakan rekaan sendiri atau gambar pemandangan.
Kemudian, rekaan tadi akan dicetak menggunakan kertas khas bagi sublimation printing.
Proses mencetak ini adalah sangat cepat dengan mengambil masa hanya selama 10 minit sahaja.
Dakwat printer tersebut akan menjadi gas apabila berada di bawah suhu yang panas dan ‘dipindahkan’ ke fabrik kain untuk dicetak menggunakan teknik heat press.
Kemudian fabrik tersebut akan dijahit mengikut jenis baju yang diingini.
Kelebihan Cetakan Sublimation Printing
Di antara kelebihan menggunakan sublimation printing ini ialah seseorang itu mempunyai kebebasan untuk design baju tersebut berbanding menggunakan kaedah pencetakan yang lain.
Sublimation printing ni juga membuatkan design yang telah dicetak kekal lama, tidak mudah merekah dan pudar apabila di basuh.
Kaedah pencetakan ini sesuai bagi pesanan-pesanan dalam kuantiti sedikit serta variasi design yang berbeza.
Namun begitu, kaedah ini tidak dapat digunakan ke atas semua fabrik pakaian.
Contoh-Contoh Design Sublimation Printing Daripada QR Apparel Yang Memikat
Jika anda sedang mencari jersey yang menggunakan sublimation printing, anda boleh mendapatkannya daripada QR Apparel.
QR Apparel menawarkan pelbagai jenis jersey yang menarik dan boleh memikat hati korang semua!
Di antara jenis kolar ditawarkan oleh QR adalah:
- Roundneck
- Polo
- Vneck
- Mandarin button
- Insert Neck
- Mandarin hidden button
- Mandarin Zip
- Polo Hidden button
Selain itu, mereka juga menawarkan 4 jenis jersey iaitu:
- Short sleeve
- Long sleeve
- Raglan
- Sleeveless
Bukan itu sahaja, kaum perempuan tidak perlu risau tentang jersey berlengan pendek kerana QR Apparel juga menawarkan jersey untuk muslimah di luar sana.
Terdapat pelbagai saiz baju yang anda boleh tempah. Namun anda perlu memberitahu saiz anda semasa memesan jersey daripada QR Apparel.
Cara-Cara Untuk Order Design Jersey Di QR Apparel
Untuk membuat tempahan dengan QR Apparel adalah mudah kerana anda boleh terus membuat tempahan secara online di laman web rasmi QR Apparel.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat tempahan:
Langkah 1:
- Pilih jenis jersey di dalam katalog yang di sediakan.
- Reka design jersey tersebut mengikut kreativiti anda sendiri
- Pilih warna mengikut kehendak anda.
Langkah 2:
- QR Apparel juga menyediakan perkhidmatan design jersey.
- Hubungi staff jualan sekiranya mahu memberikan design anda. Staff tersebut akan memberikan design anda kepada designer.
Langkah 3:
- Anda akan mendapat quotation harga setelah anda memberikan design kepada pihak QR Apparel.
- Anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak 50% daripada jumlah bayaran.
Langkah 4:
- Pihak QR Apparel akan mula memproseskan tempahan anda dalam masa selama 2-3 minggu.
Langkah 5:
- Bungkusan tempahan anda siap untuk dihantar kepada anda
Kesimpulannya, cara design jersey dengan menggunakan kaedah ini bagus dan sesuai untuk kegunaan harian mahupun untuk aktiviti lasak.
Jika anda mahu menempah atau masih lagi tercari-cari sublimation design jersey yang cantik dan berkualiti, hubungi QR Apparel Sdn Bhd. dengan segera.
QR Apparel Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan mencetak pelbagai jenis baju sublimation dan menawarkan khidmat design baju jika anda memerlukannya.
Sangat mudah berurusan dengan QR Apparel Sdn Bhd kerana perkhidmatan mereka sangat pantas dan material-material yang digunakan juga adalah amat berkualiti.
Tunggu apa lagi, buat tempahan anda sekarang bersama QR Apparel Sdn Bhd.
WhatsApp Kami di 018-2480246 atau 013-4804564